3 Langkah Skincare Yang Wajib!

Cover photo
Bila datang bab skincare ini ramai betul beauty guru yang share tips dan langkah-langkah untuk dapatkan kulit glowing. Antara semua tips yang Kak Melur baca akan ada 3 langkah yang sentiasa ada dalam setiap perkongsian dan dalam erti kata yang lain, yang wajib!  

Dengan akses teknologi dan internet pada hari ini, untuk hendak kelihatan cantik beauty guru di Youtube, TikTok, Instagram, semua kita ikut. Tapi adakah semua perkongsian mereka sesuai untuk kulit kita? Semestinya tidak!           

Setiap individu mempunyai kulit tersendiri yang penerimaan yang berbeza. Secara amnya, kulit terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kulit kering, kulit berminyak, kulit combination (kering-berminyak) dan juga kulit sensitif.           

Oleh itu, ianya penting untuk ketahui dan memahami kulit anda agar anda dapat memilih produk-produk yang sesuai untuk kulit anda. Tak dapat dinafikan proses mengenali kulit sendiri berbeza mengikut individu dan memerlukan masa.          


Walaubagaimanapun, sambil anda ber-experimen dengan tips dan produk yang berada di pasaran, terdapat 3 langkah skincare yang harus diterapkan dan tidak boleh ditinggalkan daripada rutin anda.           

Teruskan membaca untuk ketahui 3 langkah skincare wajib ini!           

cleanser
 Cleanser adalah langkah skincare yang wajib ada dalam skincare rutin anda          

Langkah Skincare Wajib Ada!           

1. Cleanser           

Dalam menjalani aktiviti harian anda, kulit anda melalui pelbagai cabaran seperti menghadapi sinaran UV dan pencemaran. Malah, sel kulit mati, kotoran, minyak dan lain-lain turut terbentuk di permukaan kulit.           

Oleh itu, cleansing adalah satu langkah yang wajib ada dalam skincare rutin anda! Dengan membersihkan kulit anda secara berkesan dan konsisten, anda boleh mengelakkan pori tersumbat, jerawat dan penuaan pramatang.           

Lebih baik lagi, cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari; di pagi hari dan di malam hari dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.           

Bagi pemilihan pencuci muka pula, anda disarankan untuk menggunakan produk yang sesuai untuk semua kategori kulit. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif.           

Kak Melur sarankan anda cuba gunakan Gentle Cleanser daripada The Bright. Produk ini mempunyai kadar pH yang rendah dan semestinya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.           

Antara sebab yang membuatkan Kak Melur love sangat dengan cleanser ini adalah bahan-bahan premium yang ada dalam produk ini:           

1) Bee Venom                       

2) Mulberry Extract                      

3) Sakura Extract                       

4) Rice Water                       

5) Sodium Hyaluronate                       

6) Aloe Barbadensis Leaf Extract                   

Selain itu, produk ini juga tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda seperti paraben, SLS dan Fragrance. Jadi rata-rata semua orang boleh gunakannya dengan hati yang tenang.          

2. Serum          

Serum selalu akan digunakan selepas pencuci muka tetapi sebelum pelembab muka. Serum secara amnya diformulasi dengan molekul-molekul kecil yang berupaya untuk meresap jauh ke dalam kulit dan membekalkan konsentrasi bahan aktif yang tinggi.          

Lantas, menjadikan serum sebagai satu langkah yang penting bagi mereka yang ingin menyelesaikan masalah kulit spesifik seperti kedutan, bintik hitam, jeragat atau parut jerawat.          

Nak tahu recommendasi Kak Melur untuk serum yang sesuai digunakkan hari-hari? Jeng jeng jeng...mestilah The Bright Repairing Serum         

Apa yang best sangat tentang serum ini adalah dia macam pekerja idaman semua boss. Level multitasking serum ni memang tip-top!          

Berikut adalah bahan-bahan yang terkandung dalam The Bright Repairing Serum dan masalah penjagaan kulit yang diatasi:         

1. Hyaluronic Acid > Membantu kulit kering          

2. Salicylic Acid > Membantu dengan masalah jerawat          

3. Alpha Arbutin & Niacinamide > Mencerahkan parut jerawat          

4. Vitamin C (Antioxidant) > Membantu masalah kedutan         

Moisturiser
Moisturiser adalah langkah skincare yang wajib ada dalam skincare rutin anda       

3. Moisturiser       

Moisturiser atau juga dikenali sebagai pelembab muka adalah langkah penjagaan muka yang wajib! Kak Melur ulang lagi sekali ya, wajib!       

Kenapa penting sangat langkah ini dalam rutin harian skincare? Sebabnya moisturizer juga berfungsi untuk ‘seal in’ atau menjadi satu lapisan terakhir agar bahan-bahan daripada produk lain terus kekal di dalam kulit kita.        

Selain itu, tanpa moisturiser kulit anda akan cepat kering dan banyak masalah boleh timbul kerana ketidakseimbangan ini.        

Antara masalah kulit yang kemungkinan berlaku adalah kemerahan, jerawat atau juga kulit berkilat kerana pengeluaran minyak yang terlalu reaktif.        

Oleh itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sebegini, apa yang anda mahukan ialah pelembab yang mengimbangi kulit anda.       

Pada hari ini, moisturiser yang menjadi pilihan hati Kak Melur dan ramai pengguna diluar sana adalah Summertime Ceramide Liquid Moisturizer daripada Daughter of Malaya (DOM).       

Pertamanya, pelembab ini diformulasi sebagai hibrid toner-moisturiser dengan tekstur yang boleh di ‘add-on’ untuk disesuaikan dengan keadaan sekeliling, jenis kulit dan keadaan kulit.       

Sekiranya kulit anda kering, maka tambah sahaja lagi produk ini tanpa ada rasa rimas atau risau akan menyumbatkan liang pori anda.        

8
Berikut adalah saranan Kak Melur untuk penggunaan Summertime Ceramide Liquid Moisturizer!        

Kulit berminyak: Gunakan 1-3 lapisan       

Kulit kering: Gunakan 2-4 lapisan       

Dalam iklim sejuk dan kering: Tambahkan sahaja extra 1-2 lapisan     

TBGS  TBRS4

Langkah Skincare Wajib Untuk Semua!     

Kak Melur faham, ramai di antara kita yang sibuk dengan aktiviti harian dan tak ada masa untuk ikuti '7 langkah layering untuk Glass Skin' atau ‘teknik 7 Layer toner’ yang diajar di social media.      
 

Respect betul Kak Melur dengan korang yang betul-betul menjaga kulit!      

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih mengambil langkah-langkah kecil, jangan risau. Mulakan dengan 3 langkah skincare yang wajib ini dan paling penting sekali; konsisten!      

Selain itu, pemakanan sihat, tidur yang cukup dan kekal terhidrat adalah cara tambahan untuk memastikan kulit anda kelihatan sihat seiring dengan usia anda.      

Ingat juga, apabila kita bercakap tentang skincare, ianya bukan satu pasaran untuk semua. Beri perhatian kepada keperluan unik kulit anda dan bagaimana reaksi selepas menggunakan setiap produk.     

Tak kisah mahal macam mana sekali pun, sekiranya produk itu tidak sesuai dan memberikan reaksi yang tidak menyenangkan, sebaiknya berhenti dahulu.      

Bagi korang yang sudah habis baca artikel ini, Kak Melur harap sedikit sebanyak dapat membantu dengan langkah skincare yang wajib anda diterapkan dalam rutin anda.     

Bagi mereka yang ingin mencuba recommendation Kak Melur, senang je. Add to cart dan check out!     

Selamat mencuba dan jangan lupa tag Kak Melur dekat social media korang. Nak juga tengok muka-muka comel yang membeli dengan Kak Melur!      
 

🛒 The Bright Gentle Cleanser https://littlemelur.com/products/the-bright       

🛒 The Bright Repairing Serum https://littlemelur.com/products/the-brightening-repairing-serum-by-dayana-radzuan     

🛒 Summertime Ceramide Liquid Moisturizer https://littlemelur.com/products/daughter-of-malaya-summertime-ceramide-liquid-moisturizer-165ml-dom       

Xoxo,

Kak Melur    


Baca juga: 6 Sebab Kenapa Skincare Penting Dalam Kehidupan Seharian ( https://www.littlemelur.com/blog/6-sebab-kenapa-skincare-penting-dalam-kehidupan-seharian     

 


icon

Sign up to Newsletter

...and receive coupon for first shopping.
logo
Now Loading