6 Sebab Kenapa Skincare Penting Dalam Kehidupan Seharian

Kecantikan dan wanita satu elemen yang tidak mungkin boleh dipisahkan.  Justeru itu, penggunaan skincare secara rutin amatlah penting kerana kulit wajah akan terdedah dengan banyak keadaan seperti debu dan cahaya matahari khususnya ketika berada di luar. 

Membasuh atau mencuci muka setiap hari sahaja dengan menggunakan pencuci muka khusus tidak mencukupi untuk menanggung beban tindak balas sinaran UV pada kulit wajah. Ia juga perlulah digunakan sekali bersama serum, moisturizer, cleanser, lotion, facial, dan sebagainya. Artikel ini akan berkongsi kepada anda mengapa skincare penting dalam hidup setiap orang.

1. Mengurangkan dan membantu mengatasi masalah kulit

Fungsi utama skincare adalah sebagai perisai untuk membantu kulit wajah daripada pelbagai masalah berkaitan kulit. Contohnya seperti kulit berjerawat, kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif, break out, jeragat, jerawat, garisan penuaan, dan sebagainya.

Bukan mudah sebenarnya bagi yang mempunyai masalah kulit yang serius untuk memperbaiki balik kulit tersebut menjadi normal kembali. Oleh kerana itu, pentingnya kita cegah sebelum terlambat dengan berdisiplin setiap hari untuk pakai produk skincare yang berkesan pada kulit wajah.

2. Memberi nutrisi kepada kulit

Kebanyakkan produk skincare hari ini ada membekalkan fungsi vitamin yang baik dalam memberi nutrisi pada kulit wajah yang sangat diperlukan di samping penjagaan pemakanan seimbang.

Antara bahan atau kandungan nutrisu yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit adalah seperti lemak sihat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, zink, selenium, dan sebagainya. Setiap satu dari nutrisi ini mempunyai tugas-tugas tertentu untuk memberi khasiat secukupnya pada kulit kita. 

3. Memberi keyakinan dan kepuasan pada diri

Fakta tidak menolak bahawa keyakinan diri bertitik tolak dengan rasa puas melihat penampilan diri. Keyakinan itu akan terserlah melalui penampilan yang anda bentuk untuk mengekspresikan diri anda yang sebenar.

Bila anda berpenampilan baik, maka anda juga akan rasa diri lebih yakin ketika bila berdiri di khalayak ramai. Keselesaan dan keyakinan itu muncul dari diri sendiri barulah orang lain juga boleh rasai perkara yang sama. 

4. Membantu hasil makeup yang maksimal

Kulit wajah yang sihat dan normal mempengaruhi hasil makeup yang maksimal. Kadang kala bila makeup kita sendiri akan merungut apa yang kita tepek dekat muka tidak memuaskan seperti orang lain sedangkan guna produk yang sama.

Pemilihan produk skincare yang tepat akan memberi kesan yang mendalam pada kulit. Bila kulit wajah sudah normal, ianya tidaklah sukar untuk kita bersolek lagi. Bahkan kadang kala penggunaan makeup yang tipis dan natural sudah memadai sekadar untuk menonjolkan bentuk wajah yang lebih menarik.

Sebaliknya, pemilih produk skincare yang salah tidak memberi kesan langsung pada pemulihan kulit. Bahkan ada yang sehingga mencacatkan lagi kulit tersebut dari asal. Bila situasi ini berlaku, anda terpaksa menggunakan makeup yang tebal untuk menutup segala cela di kulit dan kos makeup serta masa yang digunakan untuk makeup juga turut bertambah bagi menghasilkan wajah yang sempurna. 

5. Melambatkan proses penuaan pada kulit wajah

Bukan menghilangkan terus kesan penuaan pada kulit wajah, tetapi skincare berupaya melambatkan proses penuaan sehingga menampakkan anda kekal muda. Kesan penuaan yang selalunya menghantui kaum wanita adalah garis halus di wajah, keanjalan kulit, bitnik-bintik gelap, liang-liang membesar, perubahan warna kulit, kulit kusam, dan sebagainya.

Bahan dalam produk skincare seperti asid hyaluronik, antioksidan, asid alfa hidroksi (AHA), asid hidroksi beta (BHA), retinoid dan peptide, akan meningkatkan pertumbuhan kulit baru dengan membuang sel kulit mati dalam masa yang sama merangsang pengeluaran kolagen.

6. Meningkatkan kelembapan dan kemulusan kulit

Penghidratan atau hydration menjadi kunci kepada gabungan kulit yang sihat dan berseri. Elemen Natural Moisturizing Factor (NMF) sangat sinonim sebagai egen menyumbang kelembapan semula jadi pada kulit.

Mereka yang tidak mempunyai gaya hidup seimbang, cenderung menjadikan kualiti NMF di bawah kulit rosak dan dehidrasi. Penggunaan rutin penjagaan kulit dengan pembersih lembut, serum, dan pelembap berkualiti mudah terhidrat berupaya membuatkan kulit kekal lembap dan gebu untuk penampilan yang lebih muda dan segar.

Skincare adalah self-care yang penting dalam hidup kita tidak kira wanita atau lelaki. Pentingnya ia sehinggakan ada sesetengah individu berpendapat bahawa skincare lebih penting dari makeup. Sejauh mana anda faham dengan kulit wajah anda, lebih mudah lagi untuk anda menjaga dan merawatnya setiap hari.


icon

Sign up to Newsletter

...and receive coupon for first shopping.
logo
Now Loading