Tips Untuk Dapatkan Glass Skin Korea

Banner
Sekarang ni kalau sebut je skincare, ramai yang akan fikirkan korea sebab produk penjagaan kulit mereka yang selalu viral dan menjadi kegilaan ramai. Jangan cakap k-pop idol sahaja malah, kebanyakkan rakyat korea semua mempunyai kulit flawless; yang juga dikenali dengan terma ‘Glass Skin Korea’.  

Apa maksud Glass Skin ni sebenarnya? Kulit kaca? Hampir! Glass Skin adalah istilah untuk describe kulit yang sangat licin, tona sekata dan berkilat menyerupai kaca.         

Walaupun tidak memakai solekan tetap nampak flawless gitu! Apa rahsia nak dapatkan kulit glass skin korea ini? Teruskan membaca sebab Kak Melur akan kongsikan tips yang berguna untuk korang semua.         

Apa maksud Glass Skin ni sebenarnya? Kulit kaca? Hampir! Glass Skin adalah istilah untuk describe kulit yang sangat licin, tona sekata dan berkilat menyerupai kaca.              

Walaupun tidak memakai solekan tetap nampak flawless gitu! Apa rahsia nak dapatkan kulit glass skin korea ini? Teruskan membaca sebab Kak Melur akan kongsikan tips yang berguna untuk korang semua.              

Pic 1

Tips Glass Skin Korea             

Tips Mendapatkan Glass Skin Korea             

Untuk mendapatkan Glass Skin Korea ni tak payah fikir susah-susah nak buat plastic surgery ke apa. Skincare sahaja! Tapi memang kena konsisten dan tidak senang ya!              

Sebabnya permukaan kulit harus dijaga untuk jadi sangat licin tanpa benjolan atau tekstur kasar. Tambahan lagi, di bawah permukaan kulit juga harus mempunyai hidrasi yang baik untuk mencipta penampilan lembap, berkilat dan gebu.             

Macam susah je, boleh ke ni Kak Melur? Boleh! Korang ikut je tips yang Kak Melur senaraikan ini. Tips-tips ini semua datang dari pakar K-Beauty sendiri tau!             

1. Double Cleanse           

Double cleansing adalah kaedah dimana korang gunakan makeup remover (micellar water / oil remover) untuk mencairkan makeup terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan pencuci muka, cleanser.              

Kalau nak start skincare kena pastikan muka betul-betul bersih daripada kotoran, minyak dan sisa makeup. Lebih-lebih lagi selepas seharian memakai makeup.             

Produk Recommendation:            

Tatagaltier Cherrywood Cleansing Balm:             

BELI SINI! (Link: https://www.littlemelur.com/products/tatagaltier-cherrywood-cleansing-balm-50g )             

The Bright Low pH Gentle Cleanser:             

BELI SINI! (Link:  https://www.littlemelur.com/products/the-bright )            

 2. Exfoliate           

Bila sebut hal exfoliate, ramai yang akan fikirkan facial scrub kegemaran mereka. Ya, betul! Masukkan produk-produk exfoliator ke dalam skincare anda.            

Langkah ini memainkan peranan besar untuk membuang lapisan sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan pori-pori tersumbat.            

Tetapi jangan pakai setiap hari ya. Gunakan hanya 2-3 kali seminggu sahaja untuk mengelakkan keradangan.           

3. Toner           

Jika dibandingkan, toner produk korea memang next level! Bukan hanya bertujuan untuk mengimbangkan tahap pH kulit korang tetapi juga untuk melembabkan dan hidratkan.            

Apabila kulit lembab, produk-produk skincare lain akan lebih senang untuk meresap. Jadi tak hairanlah, ramai orang Korea mengamalkan kaedah 7 Skin (7 lapisan toner) walaupun sangatlah leceh.            

Kak Melur pernah cuba. Dapatlah 2-3 hari konsisten. Lepas itu kelaut. Siapa yang boleh konsisten, Kak Melur tabik!            

4. Essence           

Langkah essence ini selalunya di antara langkah toner dan serum. Sebab ianya mempunyai texture cair yang sama seperti toner tetapi membawa bahan-bahan aktif seperti serum.            

Kerana texture yang cair, essence mampu memberikan nutrisi yang diperlukan tanpa rasa terlalu berat pada kulit anda.            

Jadi pilihlah essence yang sesuai untuk masalah kulit yang ingin korang rawat, seperti kulit kering, kemerahan atau bintik-bintik. Kalau nak glass skin ala ala korea cari essence yang berikan kelembaban pada tahap yang tinggi.           

Produk Recommendation:            

Tatagaltier Bulaney Essence Treatment: BELI SINI!            

(Link:  https://www.littlemelur.com/products/tatagaltier-bulaney-essence-treatment )           

5. Serum            

Walaupun hidrasi merupakan faktor utama yang memberikan effect glass skin namun bahan-bahan lain juga penting. Jika korang sedang bandingkan serum untuk dimasukkan dalam rutin, ini adalah bahan-bahan yang Kak Melur syorkan korang pilih.            

Lagi best kalau jumpa serum yang ada All-in-One.            

1. Hyaluronic Acid - Untuk merangkap kelembapan dan kekalkan hidrasi           

2. Vitamin C - Untuk mencerahkan dan melindungi kulit           

3. Peptide - Untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu           

Produk Recommendation:            

The Bright Repairing Serum by Dayana Radzuan: BELI SINI!           

(Link:  https://www.littlemelur.com/products/the-brightening-repairing-serum-by-dayana-radzuan )            

6. Moisturise            
Semua tahu moisturiser adalah satu keperluan. Dalam langkah skincare yang paling ringkas pun wajib ada moisturiser!           

Baca juga: 3 Langkah Skincare Yang Wajib! (link: https://www.littlemelur.com/blog/3-langkah-skincare-yang-wajib-little-melur-beauty-guide )           

Untuk Glass Skin Korea dan Glow dari dalam, cari moisturizer yang ringan tetapi dalam masa yang sama menawarkan kelembaban maksimum.          


Centella Asiatica merupakan bahan yang disukai ramai kerana fungsi-fungsi anti-penuaan dan pemulihan yang ia tawarkan. Bukan sahaja kulit sihat malah korang akan nampak forever young gitu!         


7. Eye Cream          


Apabila semua bahagian muka korang sudah gebu dan tegang dengan kelembaban, jangan pula lupa tentang bahagian kulit sekitar mata.          


Kawasan bawah mata merupakan kawasan kulit yang paling lembut dan cepat kering. Sekiranya tidak dihiraukan jangan terkejut kalau ada kedutan dan garisan halus yang datang tanpa dijemput.          


8. Face Oil (Siang Sahaja)         


Menambahkan  face oil ke dalam rutin adalah penutup yang baik untuk rutin glass skincare korang.          


Facial oil bukan sahaja menyuburkan dan mengekalkan kelembapan dalam kulit. Tetapi ia juga melindungi kulit daripada pencemaran harian yang boleh merosakkan penghadang kulit kita.         


9. Sunscreen          


Selepas sudah memberikan pelbagai jenis kasih sayang buat kulit korang, ianya akan sia-sia sahaja kalau tak pakai sunscreen. Ini bukan level harus dah tapi berdosa kalau tak buat. Over betul Kak Melur ni! Tapi tak main-main tau, melindungi kulit korang!          


Kak Melur syorkan korang cari sunscreen yang ringan dan menawarkan hidrasi yang tinggi untuk effect glass skin korea.          


10. Facial Mask         


Dan akhir sekali (yang Kak Melur paling enjoy), facial mask! Facial masks dengan korea ni memang sinonim. Tak sah kalau pergi korea tak beli facial mask.          


Facial mask adalah  salah satu cara yang paling senang untuk membaiki kerosakan kulit serta mengunci dan menambah kelembapan pada kulit korang.          

Baring-baring sahaja dalam 10-20 minit dan korang sudah boleh menikmati kulit yang lebih sihat dan cerah. Kak Melur syorkan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Kalau nak buat hari-hari pun boleh cuma fokuskan pada mask untuk hidrasi.         
 

HKoHutjZrMhK6BoirLgJcQfGtd4Fe4hdbIUmBqJu571W2xGDQauapwlWzsbIPre9IiCi5GeJCNlRzbZErnVSqmzx59VcY_8sovVPyk-xatf3uTDKVCXlDiiu29qiPh9lPHGyeFc9qas9BitM7LkgCQ          

Cara mendapatkan glass skin korea          

Mendapat kulit idaman korang bukan mudah dan semestinya memerlukan masa dan komitmen.          


Tambahan lagi, kulit merupakan anggota luaran manusia yang paling besar. Oleh itu kita kena faham bahawa kulit secara tidak langsung akan memantulkan kesihatan dalam tubuh badan kita juga.          


Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, korang perlu mengambil pendekatan secara holistik atau menyeluruh. Antara faktor yang harus dilihat adalah gaya hidup, amalan pemakanan, tabiat harian dan pelbagai lagi.          


Apa yang korang masukkan ke dalam badan adalah sama penting dengan produk-produk yang korang letak di muka. Dengan rutin yang betul, diet yang sihat, gaya hidup yang aktif dan tidur yang cukup, Kak Melur guarantee akan lebih senang untuk korang mencapai kulit yang sihat ala ala Glass Skin Korea.         


Baca juga: 6 Sebab Kenapa Skincare Penting Dalam Kehidupan Seharian .   


icon

Sign up to Newsletter

...and receive coupon for first shopping.
logo
Now Loading