Jerawat bukan sesuatu yang asing buat Kak Melur. Bila naik sebiji Kak Melur terus overthinking, tak basuh makeup ke malam tadi? Atau tak pakai scrub ke minggu ni? Atau ada makan apa-apa yang tak sihat ke? Jerawat ni ada pelbagai jenis dan penting untuk kita ketahui supaya boleh merawat secara efektif.
Siapa ada masalah sama macam Kak Melur? Bila naik satu jerawat nanti 2 hari kemudian akan naik lagi satu di sekitar kawasan yang sama.
Kak Melur pasti semua faham struggle untuk sembuhkan jerawat. Itu belum cakap lagi tentang cabaran untuk pudarkan parut jerawat.
Ini persoalan paling penting; kenapa jerawat naik?
Jerawat berlaku apabila pori pada kulit kita tersumbat dan tidak dapat melepaskan minyak atau sebum dengan baik.
Kulit manusia mengeluarkan minyak melalui kelenhar sebasea (Sebum). Kelenjar ini bersambung ke saluran yang mengandungi rambut atau lebih dikenali sebagai folikel.
Apabila tersumbat, pori-pori kulit akan membentuk komedo dan apabila komedo ini pecah, maka jerawat pun terjadi.
Berikut merupakan 4 faktor utama yang menyebabkan jerawat:
- Folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati
- Pengeluaran minyak (sebum) yang berlebihan
- Bakteria
- Keradangan
Sekarang kita sudah faham apa itu jerawat dan faktor yang menyebabkan jerawat, jom ketahui jenis-jenis jerawat dan cara-cara merawatnya!
Jenis Jerawat dan Cara Merawat
Credits by https://my.clevelandclinic.org/
1. WhiteheadS
Kak Melur terkejut dan tak sangka whiteheads ni termasuk juga dalam kategori jerawat. Ingatkan whitehead ini macam satu kondisi yang kecil sahaja. Rupa-rupanya whiteheads ni boleh dikatakan sebagai stage pertama dalam pembentukan jerawat!
Whitehead kelihatan seperti benjolan kecil yang melekat pada kulit kita. Ianya berwarna putih atau kekuningan.
Whitehead ni seperti ramai yang tahu sangat mengoda dan mencabar keimanan kita. Nak sahaja picit! Dan bila sudah picit tu memang puas betul kan?
Walaubagaimanapun, Kak Melur tak syorkan untuk picit sebab boleh membawa pada lebih banyak masalah pada kulit korang. Contohnya, membuat bukaan untuk jangkitan bakteria atau meninggalkan parut pada kulit.
Apakah cara terbaik untuk merawat whitehead pada kulit? Cari produk yang mengandungi bahan-bahan seperti Salicylic acid, Azelaic acid, Benzoyl peroxide atau Retinoids.
Yang Kak Malur recommend adalah Salicylic acid. Salicylic Acid ni sangat berkesan untuk membuang lapisan atas kulit yang rosak. Ia juga bantu melarutkan sel kulit mati untuk mengelakkan folikel rambut anda daripada tersumbat.
Produk apa yang ada Salicylic Acid? Dapatkan The Bright Brightening & Repairing Serum!
Dalam serum ni korang bukan sahaja dalam Salicylic Acid tapi juga dapat Niacinamide juga! Bahan ni sangat penting dalam mengawal penghasilan sebum dan membantu keradangan kulit.
Dapat elak dua faktor daripada kejadian jerawat. Bagai membunuh dua burung dengan satu batu, gitu..
Credits by https://my.clevelandclinic.org/
2. Blackheads
Blackheads pula merupakan jenis jerawat di permukaan kulit yang berwarna hitam.
Warna hitam pada blackheads ni adalah disebabkan pigment kulit yang meningkat dan bukanlah disebabkan oleh kotoran dan debu yang boleh dibersihkan begitu sahaja.
Apa yang menyebabkan blackhead? Sama seperti whiteheads, blackheads juga terjadi apabila kelenjar sebum meradang atau tersumbat.
Namun berbeza daripada whiteheads, anda tidak akan rasa akan rasa sakit atau ketidakselesaan dengan blackheads.
Kalau tak sakit boleh ke picit blackheads? Kak Melur tak syorkan juga! Kerana boleh jadi blackhead tak keluar habis, membuat bukaan lebih besar kepada bakteria dan minyak atau menambah lagi keradangan dan parut.
Sama seperti whiteheads antara bahan-bahan yang boleh merawat blackheads adalah Salicylic acid, Azelaic acid, Benzoyl peroxide atau Retinoids.
Gunakan The Bright Brightening & Repairing Serum! Atau lebih baik lagi, dapatkan sekali dengan The Bright Gentle Cleanser. Cleanser ini ada Bee Venom yang mempunyai fungsi anti-keradangan!
Credits : https://slmdskincare.com
3. Papula dan Pustula
Jerawat ini yang paling biasa kita lihat. Papula dalam bahasa senang adalah jerawat yang tak ada mata dan pustula adalah jerawat yang ada mata.
Jerawat papula ni macam satu benjolan di bawah permukaan kulit yang bila disentuh boleh rasa sakit. Kak Melur tahu ramai pernah rasa sakit dia! Walaupun timbul kemerahan tapi tak ada nanah pada puncaknya.
Manakala Pustula pula adalah jerawat dengan cairan nanah di dalamnya. Jerawat ini datang dengan benjolan merah dan mempunyai mata yang berwarna putih kekuningan (nanah).
Kak Melur tahu ramai yang gatal jari picit jerawat pustula ni. Akibatnya, nanah keluar tapi mungkin tak keluar habis, berdarah dan sakit, dan akhirnya meninggalkan patut jerawat yang susah nak hilang.
Cara merawat jerawat jenis ini? Cari produk yang mengandungi Sulphur.
Sulfur membantu mengeringkan permukaan kulit anda untuk membantu menyerap lebihan minyak (sebum) yang boleh menyumbang kepada jerawat. Ia juga mengeringkan sel-sel kulit mati untuk membantu membuka pori-pori anda.
Ianya juga lebih lembut pada kulit berbanding Benzoyl peroxide atau Salicylic acid.
Recommndation Kak Melur? Tak payah cari jauh, jenama lokal kita Daughter of Malaya (DOMS) Sulphur Spot Drying Lotion!
Nak lagi bagus? Gunakan dengan Post Breakout Recovery Serum untuk merawat bintik hitam, kemerahan atau kekeringan selepas breakout.
Yay, Sudah tahu jenis jerawat dan cara merawat!
Itulah beberapa jenis jerawat dan cara-cara untuk merawat jerawat pada kulit kita. Tetapi ingat, terdapat pelbagai lagi faktor lain yang boleh membawa kepada terjadinya jerawat seperti hormon, persekitaran, gaya hidup dan juga pemakanan.
Baca juga: 3 Langkah Skincare Yang Wajib!
https://www.littlemelur.com/blog/3-langkah-skincare-yang-wajib-little-melur-beauty-guide
Sekiranya anda mengalami kondisi jerawat yang serius, jangan teragak-agak untuk pergi mendapatkan rawatan klinik dan jumpa dermatologist.
Jerawat walaupun kedengaran seperti masalah kecil memainkan peranan besar pada keyakinan diri kita. Oleh itu, Kak Melur sarankan untuk invest sikit buat penampilan.
Walaupun begitu, ianya juga tidak define kecantikan. Kecantikan atau beauty juga boleh datang dari personaliti, akhlak dan semangat seseorang. Cantik luar dan dalam. Itu paling penting!
Dapatkan produk-produk yang Kak Melur recommend dekat link di bawah:
The Bright Combo (Cleanser + Serum) 👇
https://www.littlemelur.com/products/the-bright-combo-cleanser-serum
Daughter of Malaya Sulfur Spot Drying Lotion 30ml (DOMS) 👇
https://www.littlemelur.com/products/daughter-of-malaya-sulfur-spot-drying-lotion-30ml-doms
Daughter of Malaya Post Breakout Recovery Serum
https://www.littlemelur.com/products/daughter-of-malaya-post-breakout-recovery-serum