Dah masuk tahun 2023 ni mesti ramai yang sudah ada azam tahun baru. Dan antara korang mungkin ramai yang berazam nak jadi ' THAT GIRL '. Berita baik! Kak Melur akan bantu korang jadi ‘ THAT GIRL’ dengan artikel hari ini, iaitu tentang morning & night skincare routine!
Kalau ada yang tak tahu, 'THAT GIRL' ini adalah trend media social tentang seorang gadis (atau siapapun) yang bangun pada pukul 5 pagi, bermeditasi atau buat yoga, minum kopi, menulis jurnal, hanya makan makanan sihat, dan pergi ke gym setiap hari.
Secara keseluruhannya ‘THAT GIRL’ adalah seorang gadis yang berjaya dalam semua benda. Dia dilihat sebagai seseorang yang produktif and sentiasa mencuba untuk jadi lebih baik.
Kerana menggalakkan perubahan positif dalam diri, tak hairan mengapa ramai yang berazam untuk menjadi ‘THAT GIRL’ versi diri sendiri. Dan Kak Melur sangat amaze dengan korang. Teruskan berusaha! Kak Melur support dari belakang!
Hari ni, Kak Melur bantu korang tetapkan morning & night skincare routine supaya korang boleh jadi ‘THAT GIRL’ yang muka selalu flawless walaupun tak pakai makeup!
Morning & Night Skincare Routine wajib tahu
Morning Skincare Routine
Ramai diantara kita sangat sibuk di pagi hari. Nak bersiap, nak sarapan, itu belum lagi siapkan anak dan sediakan sarapan untuk keluarga lagi.
Kalau korang fikir, "Malaslah nak buat morning skincare, pakai makeup je la". Haip jangan begitu!
Peluh, pencemaran, pendedahan pada sinaran UV, merupakan antara masalah yang perlu kulit kita hadapi setiap hari. Oleh itu, morning skincare routine ini penting untuk menyediakan dan melindungi kulit kita untuk apa yang akan datang.
Nasib baik, rutin penjagaan kulit waktu pagi tidak perlu terlalu rumit. Dengan beberapa langkah sahaja, korang boleh memberikan kesan yang ketara kepada kesihatan kulit korang.
Ikut sahaja langkah-langkah ini!
1. Cleanser
Langkah skincare pertama untuk morning routine sudah semestinya bermula dengan membasuh muka. Kak Melur sarankan untuk morning routine ni korang gunakan cleanser yang mempunyai pH yang rendah.
Mengapa? Sebab paras pH rendah sekitar 5-6 adalah paras yang paling dekat dengan paras pH kulit kita. Lantas, tidak akan mengeringkan kulit muka kita.
2. Toner
Seterusnya toner! Penting ke toner? Bagi Kak Melur penting atas dua sebab ini.
Yang pertama adalah untuk betul-betul membersihkan kotoran yang masih berada di kulit dan liang pori. Seterusnya, kembalikan keseimbangan paras pH dan melembabkan kulit.
3. Serum
Langkah yang paling penting (dan paling mahal) dalam skincare routine korang! Serum!
Serum ini penting untuk attend pada skin concern sebab serum merupakan produk yang membawa banyak bahan-bahan aktif untuk kulit korang. Masalah kulit kering, kulit kusam akan lebih senang diselesaikan dengan bantuan bahan aktif daripada serum.
4. Eye Cream
Siapa yang selalu mata panda atau ada ‘beg berjenama’ bawah mata tu tak boleh skip langkah ini.
Eye cream akan membantu membuatkan korang nampak lebih terjaga dan membuat solekan korang kelihatan lebih baik. Untuk langkah ini pula, Kak Melur nasihatkan agar gunakan textur yang lebih ringan pada siang hari.
Ianya akan menyerap dengan lebih cepat dan bantu make up untuk tahan lebih lama.
5. Moisturiser
Nah, untuk lock kan semua skincare steps sebelum ini gunakan moisturiser! Texture moisturiser yang lazimnya lebih berat akan bantu melembabkan dan menjadi lapisan terakhir skincare korang.
6. Sunscreen
Yang terakhir dan paling wajib, suncreen! Kulit kita perlukan perlindungan daripada sinaran UV, terutamanya dengan cuaca di Malaysia yang tersangatlah terik!
Morning & Night Skincare Routine untuk kulit yang lebih sihat
Night Skincare Routine
Pada waktu siang, objektif utama skincare anda adalah untuk melindungi kulit daripada pencemaran, sinaran uv dan sebagainya. Namun, pada waktu malam pula objektif utama skincare korang adalah untuk merawat.
Pakar dermatologi mencadangkan agar korang menggunakan produk skincare yang fokus untuk memulihkan kulit dan merangsang pengeluaran kolagen.
Pada waktu malam, kulit korang sebenarnya menyerap nutrien dengan lebih baik berbanding pada waktu siang. Salah satu sebab adalah kerana korang tidak memakai makeup semasa tidur dan kulit boleh bernafas.
Terapkan langkah-langkah ini dalam night skincare routine anda untuk kulit yang sihat.
1. Double Cleansing
Setelah seharian bekerja dan memakai makeup, cleansing sahaja tidak mencukupi. Pastikan kulit korang benar-benar bersih dengan menggunakan kaedah double cleansing.
Double cleansing ini menggunakan cleansing oil atau micellar water terlebih dahulu untuk mencairkan makeup sebelum pencuci muka biasa.
Step double cleansing ini bagus untuk menghilangkan kotoran, minyak, solekan, dan bakteria yang berada pada lapisan mulit muka korang.
2. Toner
Gunakan toner untuk mengimbangkan kembali paras pH kulit dan melembabkan kulit korang. Langkah ini penting, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak.
3. Essence
Essence selalu di salah ertikan dengan toner kerana texture mereka yang sama, iaitu lebih kepada cecair. Namun, toner bertujuan lebih untuk membersihkan manakala essence adalah untuk merawat. Jikalau korang inginkan kesan yang lebih ketara,. jangan tinggal langkah ini.
4. Eye Cream
Krim mata berfungsi untuk melindungi dan menghidratkan kulit halus di sekeliling mata anda yang sangat mudah untuk kedut.
Cari krim mata yang mempunyai bahan seperti kafein (kurangkan bengkak) dan niacinamide (melembabkan). Kedua-dua bahan ini sangat popular dalam membantu kulit disekitar mata anda daripada jadi kering dan berkedut.
5. Serum
Berlainan daripada losyen atau krim, serum kebanyakannya terdiri daripada bahan-bahan aktif yang mempunyai molekul yang kecil.
Lantas, membolehkan ianya untuk tembus lapisan-lapisan kulit dan menghantar bahan aktif ini terus ke lapisan kulit yang lebih dalam.
Tak kira kulit kering, bintik hitam atau pelbagai masalah lain. Cari serum yang sesuai dan gunakan dalam night skincare korang untuk kesan yang lebih ketara.
6. Moisturizer
Kulit kita kurang menghasilkan sebum pada waktu malam. Oleh itu, pelembab atau moisturiser penting dalam rutin korang untuk melembapkan kulit dan pastikan kulit kekal terhidrat sepanjang malam.
7. Face Oil
Badan kita tidak menghasilkan asid lemak penting ini secara semula jadi. Sebab itu Face Oil sangat membantu kerana ia mengandungi nutrien yang kaya dengan omega-3 dan omega-6.
Kerana Facial oil sering terdiri daripada asid lemak, ia boleh tembus kulit dengan mudah. Secara tidak langsung bantu mengunci kelembapan, memulihkan dan seimbangkan kulit.
Penting ke ada Skincare Routine?
Sangat penting untuk ada skincare routine bukan sahaja untuk pastikan korang sentiasa disiplin tetapi juga untuk memberikan kulit khasiat dan nutrien yang diperlukan secara konsisten.
Rutin skincare yang berkesan akan bantu kulit korang kekal dalam keadaan yang baik.
Tetapi Kak Melur juga ingin nasihatkan agar asingkan morning dan night skincare routine supaya korang menggunakan produk yang sesuai dan dengan tujuan yang jelas. Iaitu untuk melindungi pada siang hari dan merawat pada malam hari!
Kak Melur sudah berikan panduan, sekarang tiba masanya untuk korang tetapkan skincare routine sendiri! Nak tahu produk-produk yang Kak Melur gunakan untuk skincare routine Kak Melur? Klik pada link dibawah!
Tatagaltier Cherrywood Cleansing Balm (Link: https://www.littlemelur.com/products/tatagaltier-cherrywood-cleansing-balm-50g )
The Bright Low pH Gentle Cleanser (Link: https://www.littlemelur.com/products/the-bright )
Tatagaltier Bulaney Essence Treatment
(Link: https://www.littlemelur.com/products/tatagaltier-bulaney-essence-treatment )
The Bright Repairing Serum by Dayana Radzuan
(Link: https://www.littlemelur.com/products/the-brightening-repairing-serum-by-dayana-radzuan )
Daughter of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer
Baca juga: 3 Langkah Skincare Yang Wajib! (link: https://www.littlemelur.com/blog/3-langkah-skincare-yang-wajib-little-melur-beauty-guide )